Perak Hari Ini

MB Alu Kedatangan Delegasi Luar

IPOH- Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengalu-alukan kedatangan delegasi dari luar negara bagi melaksanakan sebarang program untuk dianjurkan di Bandaraya Ipoh.

Katanya, pihak kerajaan negeri sentiasa menerima pelancong dengan tangan terbuka kerana negeri ini khusunya Ipoh memiliki kepelbagaian tarikan yang dapat menarik minat sesiapa sahaja.

Dalam pada itu katanya, dia sentiasa menggalakkan pengunjung untuk mengambil peluang untuk meneroka bandaraya Ipoh dan sekitarnnya kerana bandar ini memiliki kawasan yang indah, bersih serta semua kemewahan yang dia tawarkan.

“Saya dimaklumkan bahawa beberapa perwakilan dari Lions dan Leos telah mengambil peluang untuk meneroka beberapa tarikan pelancongan bukan sahaja di bandar ini, tetapi juga di Tapah dan Gopeng,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama semasa majlis Persidangan Tahunan Kelab Lions ke-57 di Ipoh Convention Centre (ICC) di sini, petang tadi.

Selain itu Ahmad Faizal berkata, sejak penerbangan baru seperti Ipoh ke Singapura yang dilancarkan pada Disember lalu serta penambahan penerbangan dari Ipoh ke Johor Baharu, bilangan ketibaan pelancong melalui lapangan terbang tersebut telah bertambah.

“Menurut statistik oleh Jabatan Imigresen, bilangan ketibaan pelancong melalui lapangan terbang Ipoh telah bertambah kukuh sejak tiga bulan lalu pada tahun ini dan mencatatkan jumlah 3,789 hingga 5,000 pada Mac,” katanya.

Beliau juga berharap agar konvensyen yang berlangsung pada hari ini dapat dijalankan lagi pada masa akan di Bandaraya Ipoh dan bakal disambut dengan lapangan terbang yang lebih besar dan lebih selesa.

“Pihak kami berharap dapat meningkatkan penerbangan lebih kerap dari Singapura, dan mewujudkan penerbangan terus dari China Selatan dan India Selatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");