Perak Hari Ini

MB Harap Penganjur LTdL Banyakkan Laluan Di Perak Pada Masa Akan Datang

TAIPING: Kerajaan Perak menyambut baik dan berbangga apabila penganjuran perlumbaan basikal Le Tour De Langkawi (LTdL) 2019 menjadikan negeri ini sebagai salah satu lokasi acara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahamd Faizal Azumu berkata beliau juga berasa terharu atas sambutan orang ramai yang juga hadir menyaksikan temasya sukan antarabangsa itu.

Katanya lagi, beliau berharap agar penganjur dapat menambahkan lagi laluan perjalanan di sekitar Perak untuk penganjuran yang akan datang.

Tambahnya kerajaan negeri akan terus memberi komitmen dalam menyokong penganjuran temasya sukan berbasikal itu.

“InsyaAllah tahun hadapan kita akan menyambut ulang tahun ke-26 penganjuran LTdL.

“Kita berharap agar penganjur dapat mempelbagaikan lagi laluan di Perak dan kerajaan negeri akan memberi sokongan bagi memastikan acara yang mempunyai jenama antarabangsa ini diperhebatkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan acara penyerahan hadiah LTdL 2019 di Dataran Warisan, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Exco kerajaan negeri, Howard Lee Chuan How, dan Abdul Yunus Jamahri serta Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage Sdn Bhd, Datuk Ahmad Mustafa.

Terdahulu, dalam majlis sama, kerajaan negeri turut melancarkan Unit Kebajikan Bekas Atlet Negeri Perak.

Howard dalam ucapan perasmiannya berkata inisiatif tersebut bertujuan mengurus hal ehwal bekas atlet Perak yang telah banyak berjasa kepada negeri.

Katanya selain aspek perkerjaan, unit tersebut juga akan membantu mereka jika ada yang mahu melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");