Perak Hari Ini

MB Perak Hadir Lawatan Kerja Tiga Hari Di Jepun

IPOH- Menteri Besar Perak, Datuk seri Ahmad Faizal Azumu telah mengadakan lawatan kerja selama tiga hari di Jepun sempena Sambutan Ulangtahun ke-30 Bandaraya Berkembar Ipoh-Fukuoka yang telah terjalin sejak 21 Mac, 1989.

Antara kemuncak lawatan beliau adalah, beliau menyaksikan Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) antara Bandaraya Ipoh dan Bandaraya Fukuoka iaitu melalui aspek penjagaan dan selenggaraan Taman Jepun di Ipoh serta Taman Ipoh di Fukuoka di dalam satu Jamuan Makan Malam bagi meraikan sambutan ulangtahun tersebut.

Dalam pada itu, beliau telah diberi pendedahan serta menimba pengalaman secara lebih berkesan melalui perkongsian amalan terbaik yang dilaksanakan oleh pengurusan bandaraya berkembar yang lebih berkesan, mencari peluang pelaburan dalam aspek perdagangan untuk membantu meningkatkan ekonomi negeri serta menimba pengetahuan dalam pelaksanaan teknologi hijau dan bandar selamat untuk memelihara alam sekitar.

Tujuan utama jalinan ini diwujudkan adalah untuk memperkukuhkan dan memajukan perkongsian serta kerjasama antara kedua-dua bandaraya dimana dapat mempromosikan persefahaman dan persahabatan serta memperluaskan lagi peluang dalam bidang ekonomi, perdagangan, sains dan teknologi, sukan, kesihatan dan pendidikan.

Pada hari pertama lawatan, Ahmad Faizal telah bertemu Datuk Bandar Fukuoka, Soichiro Takashima bagi mengadakan perbincangan.

Antara isi kepada perbincangan tersebut adalah cara untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dan kerjasama antara Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh seperti pertukaran pegawai dan pelajar dalam tempoh yang lebih panjang serta kepakaran dalam penjagaan dan selenggaraan Taman Jepun di Ipoh.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Paul Yoong Choo Kiong yang turut sama mengadakan lawatan ke Taman Maizuru dan Taman Ohori bagi merasai sendiri suasana dan keindahan Cheryl Blossom dalam Fukuoka Castle Sakura Festival yang mana sesuai dipraktikkan di Taman DR Seenivasagam.

Kerajaan negeri juga menyatakan hasrat untuk bekerjasama dalam sektor pengajian tinggi bersama pihak Ritsumeikan Asia Pacific University (APU) iaitu salah satu universiti swasta milik sektor awam dengan mengadakan program pertukaran pelajar di peringkat pusat pengajian tinggi serta pertukaran pegawai secara lebih sistematik dalam jangka masa terdekat dalam pengurusan perkhidmatan perbandaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");