Perak Hari Ini

MB Perak Serah Kepada SPRM, Siasat Penyelewengan Kos Pembinaan Taman Tema

IPOH: Pejabat Menteri Besar Perak hari ini hadir ke bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak bagi membuat laporan berhubung kemungkinan terdapat penyelewengan terhadap kos pembinaan sebuah taman tema di negeri ini.

Difahamkan laporan tersebut dibuat oleh pegawai Pejabat Menteri Besar.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersama-sama beberapa Exco Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tiba di perkarangan bangunan SPRM Perak sekitar jam 12.30 tengah hari dengan kenderaan rasmi masing-masing

Sejam kemudian kesemua mereka didapati keluar daripada bangunan tersebut.

Ahmad Faizal ketika ditemui pemberita berkata beliau menyerahkan kepada SPRM bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

“Kita melihat projek tersebut peruntukannya wang kepadanya yang pada asalnya kecil namun akhirnya telah melonjak melebihi 100 peratus daripada peruntukan asal.

“Selepas kita mengambil alih pentadbiran, kita mendapati ia jelas ada kemungkinan berlakunya penyelewengan.

“Maka kerajaan berpandangan amat sesuai kita serahkan kepada SPRM untuk melakukan siasatan dan kerajaan negeri juga akan sentiasa memberi kerjasama bagi memastikan kes ini dapat disiasat dengan lebih mendalam,” katanya.

Tambahnya, selain daripada laporan kepada SPRM, Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak juga telah membuat proses pendengaran bagi perkara yang sama.

Beliau juga menjelaskan sebuah syarikat pengauditan swasta juga telah dilantik bagi mengadakan siasatan forensik kepada akaun projek taman tema berkenaan.

Ketika ditanya pemberita bilakah keputusan laporan berhubung perkara tersebut akan siap Menteri Besar berkata ia berkemungkinan memakan masa dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi.

“Jika ada beberapa kes berkaitan syarikat-syarikat yang dikawal oleh kerajaan negeri, melalui badan-badan berkanun ini, kita akan mengeluarkan laporan audit khas kepada Bursa Malaysia.

“Dan ia adalah dokumen awam. Semua orang boleh tengok,” ujarnya.

Ditanya berkenaan terdapat sebarang bukti yang ada diserahkan kepada SPRM, Ahmad Faizal enggan mengulas lanjut sebaliknya berkata perkara tersebut hendaklah disiasat pihak berkuasa berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi ketika dihubungi mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berhubung perkara berkenaan.

“Pegawai saya ada menerima laporan tersebut. Ia bukan dibuat Menteri Besar sebaliknya Menteri Besar mengiringi pemberi maklumat.

“Satu laporan telah dibuat dan SPRM akan menjalankan siasatan berdasarkan laporan berkenaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");