Perak Hari Ini

MB Seru Golongan Muda Sertai RELA

IPOH- Lebih 1,000 orang anggota RELA hadir pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Rela yang ke 47 peringkat negeri Perak harini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata sejak penubuhannya pada 11 Januari 1972, RELA Malaysia telah menempuh pelbagai cabaran, dan sehingga ke hari ini masih lagi utuh berdiri dan berkembang dengan majunya.

“Saya amat berbangga kerana pasukan ini telah berkembang menjadi sebuah Jabatan yang menguruskan tenaga sukarelawan seramai 3.1 juta anggota dengan 300 ribu ahli berdaftar di Negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Rela yang ke-47 peringkat negeri Perak di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Meru, hari ini.

Ahmad Faizal juga merakamkan penghargaan kepada kepimpinan RELA kerana memilih tema sambutan Hari Ulang Tahun pada tahun ini iaitu “Dari Rakyat, Bersama Rakyat, Untuk Rakyat”.

“Tema ini adalah bertepatan sekali dengan mantra kerajaan negeri iaitu Berkhidmat Demi Rakyat, Kerana Allah,” katanya.

Ujarnya lagi, penglibatan golongan muda dalam RELA harus diberi perhatian kerana mereka adalah pewaris negara dan semangat kesukarelawanan haruslah disematkan di sanubari mereka bagi memastikan mereka tidak ditelan arus peredaran zaman.

“Di sini saya ingin megucapkan tahniah kepada Rela Perak kerana telah bertapak di dua institusi pengajian awam iaitu Politeknik Ungku Omar, Ipoh dan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang menerusi penubuhan Briged RELA Siswa Siswi atau Relasis.

“Saya juga berharap Briged Relasis ini dapat dikembangkan lagi ke semua institusi pengajian tinggi awam di seluruh Perak dan saya ingin menyeru sekali lagi kepada golongan muda untuk sama sama berganding bahu memelihara kesejahteraan dan keselamatan masyarakat setempat,” katanya.

Pada perkembangan sama, Ahmad Faizal turut menyampaikan anugerah serta sijil penghargaan kepada anggota anggota RELA Perak yang layak atas jasa dan bakti mereka kepada masyarakat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");