Membawang Hari Ini

Menang Besar FFM30, Nam Ron Nak ‘Selak’ Cerita Rasuah Menteri Pula

PUTRAJAYA: Selepas One Two Jaga diumum sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) yang berlangsung pada Sabtu, pengarahnya Nam Ron berjanji untuk terus mengangkat isu-isu sosial yang dekat dengan masyarakat.

Nam Ron juga berkata, dia juga merancang untuk menghasilkan sebuah filem yang mengisahkan tentang rasuah dalam pemimpin kerajaan.

“Setiap karya mesti kena ada suara dan saya masih berpegang kepada prinsip itu. Bukan sekadar filem biasa tetapi karya yang mengisahkan masyarakat dan realiti kehidupan kita.

“Sebab itu saya akan terus menghasilkan filem seperti itu. Mungkin juga selepas ini, saya boleh buat filem fasal amalan rasuah dalam kalangan menteri pula,” katanya kepada pemberita memetik laporan MStar Online.

Nam Ron ditemui ketika malam kemuncak Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Sabtu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");