Perak Hari Ini

Mohd Fauzi Dilantik Pengarah SPRM Perak

IPOH- Bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad kini dilantik sebagai Pengarah SPRM Perak yang baharu.

Beliau menggantikan mantan Pengarah SPRM Perak, Datuk Zainul Darus yang kini bertugas sebagai Ketua Unit Integriti di Kementerian Kewangan Malaysia.

Mohd Fauzi berkata, beliau akan meneruskan usaha-usaha pencegahan rasuah yang telah dibuat oleh Datuk Zainul sama ada usaha yang telah dijalankan mahupun yang masih dalam proses perancangan.

“Segala usaha sebelum ini sudah tentu akan diteruskan dan dalam masa yang sama, saya juga ingin mengambil kesempatan membuat perancangan pada masa akan datang mengenai hala tuju semasa saya di sini.” katanya ketika ditemui semasa Majlis Serah Terima Tugas di SPRM Perak hari ini.

Dalam pada itu katanya, selain daripada kita menjalankan tugas-tugas biasa, saya juga akan melebihkan sedikit lagi iaitu meningkat integriti khususnya dalam penjawat awam negeri ataupun persekutuan.

“Saya ingin mengambil aspirasi kerajaan sekarang iaitu untuk meningkatkan integriti khususnya dalam kalangan penjawat awam.

“Tumpuan turut diberikan kepada perkara-perkara berkaitan integriti di Cawangan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC), NGO termasuk persatuan-persatuan yang melibatkan wang orang awam ,” katanya.

Mohd Fauzi yang ditemui berkata, beliau telahpun berada di SPRM Perak sejak Mac yang lalu.

Tambahan itu, beliau berkata, selaras dengan aspirasi kerajaan yang menjalankan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP), sebanyak 35 inisiatif yang akan dilakukan di peringkat negeri.

“Saya akan mengambil peluang ini, untuk melaksanakan kesemua inisiatif tersebut kerana NACP ini dapat dilaksanakan di negeri dan kebangsaan.

“Pada masa yang sama, saya juga akan meningkatkan beberapa inisiatif yang saya rasa agak penting seperti Organisation Anti-Corruption Plan (OACP) dimana saya akan laksanakan bersama unit di negeri Perak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");