Berita Hari Ini

Najib Mungkin Digantung Sebagai Ahli Parlimen Pekan?

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pagi ini dijangka meluluskan usul menggantung tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan selama tiga bulan.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dan Usul-Usul hari ini, usul penggantungan akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri berikutan bekas Perdana Menteri itu melanggar Peraturan Mesyuarat 95A Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kerana melakukan suatu perbuatan menghina majlis.

Menurut usul berkenaan, Dewan Rakyat memandang serius perbuatan Najib yang melanggar Embargo dokumen Kertas Putih Ke Arah Kelestarian FELDA.

“Bahawa pada hari Selasa, 9 April 2019, 5.39 petang, Yang Berhormat Pekan, Datuk Seri Najib Razak, mengeluarkan kenyataan dan memaparkan perenggan 1.4.6 dan 1.4.7, muka surat 8, Lampiran 1 – Bab 3, Kertas Putih Ke Arah Kelestarian FELDA di akaun media sosial Facebook beliau ‘Najib Razak’.

“Kertas Putih berkenaan adalah Kertas Perintah 6 Tahun 2019 yang masih dalam Embargo sehingga 11.30 pagi, Rabu, 10 April 2019,” katanya.

Mengikut tatacara dewan, usul berkenaan akan disokong oleh seorang Ahli Parlimen sebelum Yang di-Pertua mengeluarkan arahan menguatkuasakan perintah penggantungan.

Bekas Perdana Menteri itu tidak hadir sepanjang persidangan dewan semalam.

Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Rakyat akan berakhir hari ini manakala Mesyuarat Kedua dijadualkan bermula pada 1 hingga 18 Julai depan.

Semalam semasa sesi penggulungan usul Kertas Putih itu. Ahmad Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) menggunakan Peraturan Mesyuarat terbabit sambil mencadangkan tindakan ke atas Najib yang melanggar peraturan.

Beliau bangkit membacakan peraturan itu selepas pendedahan Mohamed Azmin berkaitan salah laku Najib itu semasa menggulung perbahasan pembentangan Kertas Putih berkenaan,memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");