Panasnya Hari Ini

‘Najib Pemimpin Paling Teruk’: Anwar Setuju Dengan Dr M

Presiden PKR Anwar Ibrahim bersetuju dengan penilaian Dr Mahathir Mohamad terhadap bekas perdana menteri Najib Razak sebagai ‘pemimpin paling teruk’.

Anwar berkata Malaysia tidak pernah mempunyai perdana menteri seteruk Najib.

“Kalau ikut dari segi kerugian dan cara pengurusan serta peribadi dan keluarga memang tidak ada dalam sejarah perdana menteri yang perilakunya seperti itu.

“Jadi Mahathir tepat dalam kupasan dia,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Sagga di Rantau, Negeri Sembilan hari ini.

Dalam wawancara eksklusif bersama New Straits Times yang disiarkan hari ini, Dr Mahathir ditanya berkenaan kerjasamanya dengan Anwar walaupun dulu pernah menyifatkannya sebagai ‘tidak layak menjadi pemimpin’.

Beliau berkata kerjasama itu perlu bagi menghalang Najib daripada terus mentadbir negara.

“Benar, saya ada mengatakannya. Tetapi antara Najib dan Anwar, saya fikir Najib pemimpin lebih terukberbanding Anwar. Najib seburuk-buruk pemimpin (the worst leader),” kata Mahathir.

Mahathir juga berkata Anwar dapat mengetuai Pakatan Harapan (PH) dan telah menunjukkan kualiti kepimpinannya dalam gabungan itu serta sebagai arkitek Pakatan Rakyat sebelum ini.

Mengulas perkara itu, Anwar menyatakan terima kasih kepada Mahathir atas keyakinan yang ditunjukkan kepadanya lapor MKini.

“Saya baca temuramah beliau dan ucap terima kasih keyakinan yang ditunjukkan kepada saya dan saya hargainya,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");