Panasnya Hari Ini

Najib Pernah Kata ‘Elak Bayar Cukai Perbuatan Khianat’

Najib Razak ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur pada 25 Nov 2013, secara terbuka mengisytiharkan bahawa “mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.”

Malah, katanya, kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.

Di Malaysia, pengkhianatan, seperti memerangi Yang di-Pertuan Agong, membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan.

Sehari selepas ucapannya, kolumnis, Kee Thuan Chye, meminta Najib mendedahkan taksiran cukai pendapatan secara sukarela. Permintaan itu tidak dilayan.

Pada 2016, selepas dunia dikejutkan dengan berita bahawa dana kira-kira RM2.6 bilion berada di akaun peribadi Najib, saya, selaku Ahli Parlimen Kampar ketika itu, mengemukakan soalan parlimen berhubung cukai pendapatan yang dibayar oleh Najib dan isterinya, Rosmah Mansor.

Ini memandangkan gaya hidup mewah mereka yang diketahui di seluruh dunia, terutama mengenai minatnya terhadap cincin berlian dan beg tangan berjenama eksklusif.

Jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman adalah “Perdana Menteri Najib Razak pada setiap tahun tanpa gagal menjelaskan cukai pendapatan beliau kepada pihak Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN) berdasarkan pengiraan dan kadar yang telah ditetapkan oleh LHDN.”

Semalam, LHDN meminta bekas perdana menteri itu membayar cukai pendapatan sebanyak RM1.5 bilion.

The Edge Markets melaporkan bahawa bil untuk tempoh 2011-2017 itu merupakan jumlah lain dari cukai pendapatan yang sudah dibayar ahli parlimen Pekan itu selama tujuh tahun.

Menurut akhbar itu, siasatan mendapati Najib belum mengisytiharkan pendapatan kira-kira RM4 bilion dalam tempoh itu, termasuk RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya sebelum ini yang didakwa berpunca dari 1MDB.

Najib bertindak segera dengan menjawab bahawa sumbangan politik asing tidak tertakluk atau dikenakan cukai di bawah undang-undang negara. Walau bagaimanapun, pakar cukai berkata Najib telah melakukan kesalahan kerana tidak mengisytiharkan pendapatan itu, tidak kira sama ada ia adalah sumbangan ataupun wang yang dicuri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");