Panasnya Hari Ini

Najib Salah Seorang Pengarah Yayasan Rakyat 1Malaysia – Pegawai SSM

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan salah seorang pengarah Yayasan Rakyat 1Malaysia.

Memetik laporan Bernama, Penolong Pendaftar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Muhamad Akmaludin Abdullah berkata Najib dilantik menjadi pengarah Yayasan itu pada 11 Jan 2013.

Saksi pertama itu berkata demikian semasa diperiksa balas oleh peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Najib pada perbicaraan kes bekas perdana menteri itu yang yang didakwa atas tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Harvinderjit : Pengarah-pengarah Yayasan Rakyat 1Malaysia setakat tarikh percetakan dokumen ini adalah seperti berikut, pertama Che Lodin Wok Kamarudin (Tan Sri), Mohd Najib Razak (Datuk Seri) dan Wan Ahmad Shihab Wan Ismail (Datuk) yang diilantik pada 11 Jan 2013, iaitu tarikh penubuhan syarikat tersebut.

Muhamad Akmaludin : Betul

Muhamad Akmaludin, 35, yang berkhidmat di SSM sejak 2007 juga mengesahkan ketika syarikat SRC International Sdn Bhd ditubuhkan pada 7 Jan 2011, saham syarikat itu tidak dimiliki oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Harvinderjit: Sejak tarikh SRC ditubuhkan, saham-saham itu tidak dimiliki 1MDB

Muhamad Akmaludin: Betul, saya sahkan ia tidak dimiliki oleh 1MDB.

Harvinderjit: Daripada makulmat yang telah diberikan daripada tarikh syarikat ditubuhkan, nama syarikat masih kekal sebagai SRC International Sdn Bhd

Muhamad Akmaludin: Betul

Harvinderjit: Maksudnya, syarikat ini daripada asal, ditubuhkan dengan nama khusus iaitu SRC International Sdn Bhd

Muhamad Akmaludin: Betul

Harvinderjit: Daripada semua dokumen syarikat 1MDB Energy Sdn Bhd tidak pernah menggambarkan pemilik sahamnya adalah syarikat SRC

Muhamad Akmaludin : Betul

Dalam keterangannya, saksi itu turut bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa terdapat resolusi berhubung pengeluaran 999,998 saham SRC kepada syarikat 1MDB Energy dalam mesyuarat diadakan oleh pemegang saham SRC pada 15 Ogos 2011.

Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Anggota Parlimen Pekan itu yang merupakan Perdana Menteri keenam, didakwa melakukan kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan dan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya antara 17 Ogos dan 10 Feb 2015.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");