Panasnya Hari Ini

Najib Seru Rakyat Tolak Bayaran Hibah TH Sangat Rendah

SEREMBAN: Bekas perdana menteri Najib Razak malam tadi menyeru rakyat menolak pembayaran hibah Tabung Haji yang sangat rendah, selepas kerajaan hari ini mengumumkan hibah 1.25% bagi tahun kewangan 2018.

Berucap kepada lebih 500 orang di ceramahnya di Taman Ekar sempena PRK Rantau, Najib berkata TH memberikan dividen yang rendah sebab sahamnya jatuh.

“Mereka tidak kendali ekonomi dengam betul, yang susah rakyat.

“Rakyat jangan terima hibah yang sebegini rendah, pergi dekat sana, jengkal muka mereka, bahawa rakyat kena tipu,” katanya.

Terdahulu, TH mengumumkan hibah sebanyak 1.25% bagi tahun kewangan 2018, jauh lebih rendah berbanding 6.25% bagi 2017.

Najib, yang juga bekas menteri kewangan mengeluh dengan “satu persatu kegagalan” Pakatan Harapan, mengatakan ia dividen TH paling rendah dalam sejarah negara.

“Kita tunggu harga minyak turun RM1.50 seliter, tiba-tiba hibah tabung haji yang turun.

“Semua salahkan kita. Tahu kenapa sebab jatuh sampai 1.25%? Sebab harga saham jatuh, sejak pilihan raya bursa saham merudum RM270 bilion.”

Najib berkata bursa saham semasa pertadbirannya “tertinggi”, menyebabkan dividen naik bertambah dan pada purata 6.75% sepanjang dia menjadi perdana menteri memetik laporan FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");