Sukan Hari Ini

Napoli Menang Besar Di Rome

MILAN: Napoli cemerlang di Rome awal pagi tadi apabila menang 4-1 mengatasi Roma dan memberikan tempat kedua buat skuad kendalian Carlo Ancelotti dalam Serie A selepas Inter Milan tumbang 1-0 di laman sendiri kepada Lazio.

Juventus kini semakin hampir mencipta gelaran kelapan berturut-turut Serie A dengan pemain remaja dalam prestasi terbaik Moise Kean menjaringkan gol tunggal berdepan Empoli semalam.

Napoli  yang ketinggalan 15 mata di belakang hampir tiada peluang menang gelaran buat pertama kali sejak 1990 berbaki sembilan perlawanan tetapi mereka kini ada kelebihan 10 mata berbanding pasukan tangga ketiga, Inter.

Manakala Lazio, dengan baki satu perlawanan kini di tangga kelima, tiga mata di belakang AC Milan yang menghuni tempat terakhir ke Liga Juara-Juara selain kalah 1-0 kepada Sampdoria.

Sergej Milinkovic-Savic menghadiahkan tiga mata buat Lazio selepas 13 minit saingan di San Siro.

“Ia kekalahan besar berdepan pencabar utama kami,” kata jurulatih Inter, Luciano Spalletti.

“Kami mengawal permainan untuk tempoh yang lama tetapi kami tidak bernasib baik dengan membuang peluang dan kemudian ketinggalan, memberikan Lazio peluang untuk bermain gaya mereka.”

Di Rome, Arkadiusz Milik meletakkan pelawat di depan selepas dua minit dengan Dries Mertens, Simone Verdi dan Amin Younes menambah tiga lagi gol pada babak kedua dan mengganggu usaha tuan rumah untuk ke Liga Juara-Juara musim depan.

“Saya menjangkakan persembahan seperti ini, pasukan ini semakin berkembang,” kata Ancelotti, dengan pasukannya sedang bersedia menghadapi suku akhir Liga Europa berdepan Arsenal. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");