Sukan Hari Ini

Nurridzuan Mohon Maaf

SHAH ALAM: Pemain Selangor, Nurridzuan Abu Hassan memohon maaf kepada penyokong Perak susulan tindakannya menunjukkan isyarat lucah ketika aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, Jumaat lalu.

Mengakui insiden itu memberi pengajaran berguna kepadanya, Nurridzuan yang juga bekas pemain Perak turut memberi jaminan tidak akan mengulangi kesilapan sama selepas ini.

Malah, dia mengakui bersedia dengan apa saja hukuman yang bakal dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

“Saya mula fikir kembali selepas saya beredar dari padang, pertama saya sudah membebankan pasukan kerana bermain dengan 10 pemain. satu lagi saya rasa bersalah kepada penyokong Perak.

“Sepatutnya saya tidak perlu layan provokasi penyokong, hanya terus masuk ke dalam bilik persalinan. Buat masa sekarang pihak pengurusan (Selangor) belum kata apa-apa lagi.

“Penyokong tidak membabitkan keluarga saya ketika melakukan provokasi jadi saya rasakan biarkan perkara itu berlalu. Saya meminta maaf atas apa yang sudah berlaku,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, hari ini.

Nurridzuan dilihat menunjukkan isyarat lucah sebagai membalas provokasi yang dilakukan penyokong Perak ketika dia sedang berjalan keluar padang selepas dilayangkan kad merah pada minit ke-57.

Isu berkenaan menjadi hangat selepas gambarnya ketika menunjukkan isyarat itu tersebar di media sosial dengan FAM juga sedang menyiasat insiden itu.

Selain itu, gambar Amri Yahyah yang didakwa menunjukkan isyarat sama ketika aksi kedua-dua pasukan itu juga turut tular di media sosial.

Namun, jurulatih Selangor, B Sathianathan menjelaskan Amri tidak perlu membuat permohonan maaf kerana isyarat itu bukan ditunjukkan kepada penyokong.

“Saya sudah bagi amaran kepada Nurridzuan, kita akan ambil tindakan sewajarnya. Tapi (kes) Amri itu dia tak perlu minta maaf dengan penyokong kerana dia tak buat apa-apa kepada penyokong.

“Tapi gambar yang disebarkan seolah-olah dua pemain yang buat isyarat kepada penyokong. Kita perlu lihat apa yang berlaku sebelum insiden dan saya sudah tengok 10 kali video itu,” katanya kepada BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");