Berita Hari Ini

Pakar: TH Masih Kukuh, Tak Perlu Lakukan ‘Bank Run’

Seorang pakar ekonomi menasihatkan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) supaya tidak membuat pengeluaran secara besar-besaran atau ‘bank run’ bagi memastikan insititusi umat Islam itu terus kukuh.

Bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Noor Azlan Ghazali berkata, niat murni TH untuk membantu umat Islam menunaikan ibadah haji dan memperkasa ekonomi ummah harus dipertahankan.

“Sebenarnya kita perlu bersama-sama membantu bagi memulihkan TH. Buat orang Islam yang hendak pergi (menunaikan ibadah) haji, ini satu-satunya tempat yang kita ada.

“Jangan buat ia menjadi kanser (dengan melakukan pengeluaran secara besar-besaran). Sekuat mana pun institusi kewangan itu, jika berlaku pengeluaran secara besar-besaran atau ‘bank run’, ia akan lumpuh,” katanya ketika ditemui Malaysiakini di UKM Bangi, hari ini.

Noor Azalan berkata, kerugian dialami TH bersifat sementara dan ia mampu bangkit semula memandangkan sistem pengurusannya berbeza dengan institusi kewangan lain.

Jelasnya, jaminan kerajaan untuk membantu memulihkan TH dilihat sebagai perkembangan positif bagi memastikan institusi itu terus kekal relevan.

Untuk rekod TH sehingga kini mempunyai seramai 9.3 juta pendeposit.

Kebimbangan untuk pendeposit TH melakukan “bank run” didorong oleh pengumuman kadar hibah sebanyak 1.25 peratus bagi tahun 2018 yang mencatatkan kadar terendah dalam sejarah.

Berbanding tahun lalu, TH mengumumkan hibah 4.5 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus untuk penyimpan yang belum menunaikan haji bagi 2017.

‘Tak boleh ada prejudis’

Sementara itu, Noor Azlan mengingatkan pihak pengurusan tertinggi TH agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan reputasi institusi itu.

Ini termasuk menyalahkan pengurusan sebelum ini yang didakwa korup serta prejudis terhadap pelaburan bernilai tinggi.

Bagaimanapun, tegas Noor Azlan ia tidak bermakna TH perlu berkompromi dengan salah urus tadbir serta penyelewengan, sebaliknya mahukan isu itu ditangani secara berhemah.

Tambahnya, jika persepsi buruk berterusan dilontarkan terhadap TH, ia boleh menggugat keyakinan pendeposit dan mendorong kepada berlakunya “bank run”.

“Jangan bersikap prejudis seperti pelabur besar buat keuntungan berlebihan.

“Lebih baik mereka letak dekat TH contohnya RM5 juta, pelaburan patuh syariah yang akhirnya beri pulangan pada orang Islam untuk naik haji.

“Kalau (pelabur) letak di bank lain, manfaatnya hilang. Tidak boleh ada prejudis,” jelasnya.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");