Mujahid berkata, keputusan itu dicapai selepas beberapa perbincangan bersama Lembaga Pengarah TH yang dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk keupayaan dan kedudukan unjuran kewangan TH bagi tahun 2019.

Kos tanggungan TH untuk musim haji tahun ini ialah kira-kira RM400 juta, dengan subsidi yang ditanggung TH ialah RM12,920 daripada kos haji pada tahun ini iaitu RM22,900 untuk setiap jemaah, menjadikan jemaah haji kali pertama hanya perlu membayar RM9,980. – Bernama