Panasnya Hari Ini

Kerajaan Tak Berubah Walaupun PH Kalah PRK – Mahathir

CYBERJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kebanyakan parti memerintah tidak menerima banyak sokongan semasa pilihan raya kecil (PRK) kerana pemilihan itu tidak akan membawa pertukaran kerajaan.

Mengulas kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada PRK Dewan Undangan Negeri Rantau pada Sabtu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH, berkata walau apapun keputusan PRK, kerajaan masih lagi diterajui oleh PH.

“Sama ada parti kerajaan (yang memerintah) menang atau tidak, kerajaan tetap kerajaan yang sama, ” katanya kepada pemberita selepas berucap pada pameran Techomart Rail 2019, di sini, lapor Bernama.

Kerusi Rantau kekal milik Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, 63 pada pemilihan yang berlangsung 13 April lepas dalam pertembungan empat penjuru dengan PH diwakili oleh Dr S. Streram, 60.

Dua lagi pencabar ialah calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi, 51, dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin, 67.

Mohamad yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menyandang kerusi berkenaan sejak 2004.

Mengenai kenyataan Tun Daim Zainuddin berhubung kerajaan PH dijangka menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 dalam tempoh enam bulan, Dr Mahathir berkata kerajaan berdepan banyak masalah.

“Kita tidak ada wang. Wang telah dicuri. Itu masalah kita. Anda nak buat apa-apa duit tak ada, ” katanya

Daim yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan semalam dilaporkan berkata beliau menjangka rakyat kembali menyokong kerajaan apabila kerajaan menunaikan janjinya, terutama berhubung ekonomi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");