Sukan Hari Ini

Pelumba Sapura Cycling Juara Peringkat Pertama LTdL 2019

Pelumba dari pasukan Sapura Cycling, Marcus Culey berjaya menjadi juara untuk peringkat 1, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019.

Peringkat pertama yang mencabar pelumba sejauh 176.9 km melalui laluan bermula KLCC dan berakhir di Tampin Square.

Marcus Culey ketika ditemui memberitahu bahawa beliau telah mula menjalani latihan di Kuala Lumpur sejak sebulan lalu.

Jelas beliau, bagi membiasakan diri dengan cuaca dan laluan yang dipertandingkan latihan dalam pelbagai aspek telah dilakukan.

“Saya telah berada di Malaysia sejak sebulan lalu bagi menjalani latihan selain membiasakan diri dengan cuaca disini,” katanya ketika ditemui di garisan penamat LTdL 2019, di Tampin Square, hari ini.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi pelumba dari pasukan Floyd’s Pro Cycling, Travis Mccabe.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Clint Hendricks dari pasukan Protouch.

Peringkat kedua, pelumba bakal melalui laluan Senawang ke Melaka pada esok, bermula jam 12 tengah hari

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");