Sukan Hari Ini

Pelumba TSG Berjaya Rebut Kedudukan Peringkat Keenam LTdL 2019

Pelumba dari pasukan Terengganu Inc (TSG) berjaya meraih tempat dalam peringkat keenam, LTdL 2019 untuk laluan bermula Bagan ke Alor Setar.

Mohd Harrif Saleh berjaya mendapat tempat ketiga dan mengalahkan ratusan peserta lain untuk laluan sejauh 130.8km.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Youcef Reguigui berjaya mendapat tempat kedua dan tempat pertama dimenangi oleh Matteo Pelucchi dari pasukan Androni Giocattoli.

Untuk peringkat seterusnya, pelumba bakal berentap di laluan yang telah 5 tahun tidak digunakan iaitu di Langkawi.

Kali ini, penganjur membawakan LTdL khas dua peringkat menjelajah Langkawi bagi merebut gelaran juara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");