Berita Hari Ini

Pemain Perbankan Islam Perlu Labur Dalam Teknologi – PM

KUALA LUMPUR – Pemain perbankan dan kewangan Islam perlu giat melabur dalam teknologi bagi mengubah cara mereka menjalankan perkhidmatan perbankan serta menyebarkan produk mereka dengan lebih cekap dan berkesan.

Memetik laporan Bernama, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggunaan teknologi pintar dalam industri kewangan atau dikenali sebagai teknologi kewangan (fintech), telah membawa kesan positif kepada industri tersebut serta industri lain seperti dalam pembayaran mudah alih, pindahan wang, pinjaman, pengumpulan dana dan pengurusan aset.

“Teknologi terkini yang diterima pakai oleh fintech memanfaatkan Internet, peranti mudah alih, integrasi media sosial, analisis data raya dan kecerdasan buatan (AI) yang menjadikan urus niaga kewangan lebih berautomasi, mesra pengguna dan selesa, justeru memudahkan lagi pelanggan.

“Fintech juga menembusi industri kewangan Islam walaupun ia dianggap masih lagi di peringkat awal.

“Bagaimanapun, potensi gangguan kepada kewangan Islam tradisional tidak sepatutnya diambil mudah. Gangguan boleh berlaku dalam kedua-dua cara,” katanya pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur ke-15 2019 di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");