Perak Hari Ini

Pemandu E Hailing Gesa Kerajaan Kaji Semula Harga Lesen PSV

IPOH- Pemandu e-hailing menggesa agar kerajaan mengkaji semula harga bagi mendapatkan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) bagi semua negeri terutamanya di Ipoh.

PSV bakal dikuatkuasakan terhadap pemandu e-hailing yang bermula pada 12 Julai ini dan masih ramai antara mereka tidak tahu mengenai hala tuju pada masa akan datang.

Pemandu e-hailing sepenuh masa, Mohd Fazli Ramli berkata, mereka berhadap agar kerajaan dapat menyeragamkan kadar bayaran bagi membuat permohonan lesen berkenaan dimana kadar bayaran yang diberikan untuk setiap tempat adalah berbeza.

Contohnya di Sungai Buloh dimana pemandu perlu membayar sebanyak RM89 dan bayaran yang dikenakan di bandaraya ini adalah sebanyak RM210 termasuk buku panduan.

“Hal ini telah mengundang kepada penolakan permohonan dari pihak pemandu sendiri kerana kadarnya yang agak tinggi berbanding tempat lain.

“Kami juga meminta agar kerajaan negeri perhalusi semula kadar insuran yang telah ditetapkan di negeri ini kerana kebanyakkan insuran yang ditawarkan melebihi RM400 walaupun difahamkan ada yang telah memohonnya.

“Kami juga ingin memohon subsidi daripada kerajaan kerana ada antara pemandu yang mendapat pendapatan sebagai pemandu e hailing lebih kurang RM 40 sehingga RM80 secara bersih satu hari tetapi terpaksa membayar pada kadar yang tinggi,” katanya kepada pemberita semasa berhimpun pagi tadi.

Kira-kira 60 orang pemandu e-hailing telah mengadakan perhimpunan bagi menyatakan hasrat mereka mengenai sistem e-hailing yang dikatakan tidak sistematik dan berpusat kerana perkhidmatan tersebut boleh dijadikan sebagai satu kerjaya.

Tambah Mohd Fazli, para pemandu menyokong sistem yang bakal dilaksanakn ini namun, berharap agar pihak kerajaan supaya dapat memberikan sedikit kelonggaran dari segi pemberian penanda kerana hanya pemilik kenderaan tersebut sahaja yang boleh memandu.

“Kebanyakkan pemandu hanya ada sebuah kenderaan dimana kenderaan tersebut digunakan untuk membawa keluarga dan mencari rezeki namun begitu kenderaan yang digunakan juga adalah milik persendirian bukannya kenderaan perdagangan,” katanya.

Katanya lagi, beliau meggesa pihak kerajaan memudahkan proses pengambilan e-hailing dari segi insurans dan juga penanda dimana ada sebilangan pemandu sudah membuat permohonan di APAD, tetapi permohonan ditolak malahan diminta untuk mendapatkan permohonan tersebut dari syarikat e-hailing sendiri.

“Kami juga minta proses permohonan PSV ini dilajutkan tempoh di seluruh Malaysia, dimana setakat ini cuma 35 orang sahaja yang sudah membuat Puspakom dari 200,000 orang,” katanya.

Ramli Ahmad Razali yang merupakan pemandu e-hailing separuh masa turut menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan untuk memperkasakan perkhimatan e-hailing di negara ini namun beliau turut menuntut agar kerajaan perhalusi semula harga bagi insurans serta PSV.

“Kebanyakkan kereta yang digunakan adalah bawah sepuluh tahun dimana antaranya masih lagi bawah tiga tahun yang menandakan penggunaan kereta baru dan ada antara pemandu mengambil insuran secara ‘first party’.

Tambah Chenchi Rao seorang pemandu e-hailing sepenuh masa, kesemua inisiatif kerajaan memang bagus dimana pemandu dapat membawa kenderaan bagi tujuan pemeriksaan dan kita sendiri boleh tahu sebarang kerosakan walaupun dilaksanakan pada enam bulan sekali.

“Tetapi sebagai pemegang lesen selama 41 tahun, seharusnya ada satu sistem untuk mengkaji berapa kali pemandu tersebut terlibat dalam kemalangan, adakah pemandu membabitkan nyawa orang lain dan adakah pemandu tersebut cuia semasa memandu.

“Cuma sebagai pemandu saya berharap agar kerajaan mudahkan urusan kami untuk memohon PSV,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");