Berita Hari Ini

Pemandu Teksi Dakwa Nampak Zahir Di Bandar Tasik Selatan

BANGI: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sebuah pangsapuri di Bandar Seri Putra, di sini, kelmarin, dikatakan dilihat orang awam di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, 8, atau dipanggil Zahir dalam kalangan ahli keluarganya itu dikatakan keluar untuk bermain dari rumahnya kira-kira jam 8 pagi, kelmarin.

Ibu mangsa, Sainih Sunding, 46, berkata, anak bongsu daripada lima beradik itu didakwa dilihat oleh seorang pemandu teksi wanita ketika pemandu itu mahu memasuki tandas awam di sekitar Bandar Tasik Selatan, malam kelmarin.

“Saya mendapat maklumat mengenai seorang kanak-kanak seiras Zahir dilihat di sebuah tandas awam di sekitar Bandar Tasik Selatan oleh seorang pemandu teksi wanita melalui info di Facebook.

“Menurut maklumat itu, Zahir dikatakan cuba masuk ke dalam tandas wanita sebelum ditegur oleh pemandu teksi terbabit.

“Difahamkan pemandu teksi itu tidak mengesyaki sesuatu pelik mengenai kanak-kanak berkenaan yang kemudian menghilangkan diri sebelum ternampak maklumat mengenai kehilangan Zahir yang dilihat seperti kanak-kanak lelaki ditemui di tandas terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sainih berkata, kesahihan maklumat itu masih belum dapat dipastikan.

“Untuk hari ini, saya keluar rumah seawal jam 7 pagi tadi untuk meneruskan pencarian Zahir di kawasan sekitar Bandar Seri Putra.

“Saya keluar mencari Zahir berseorangan hari ini dengan menaiki bas dari Bandar Seri Putra ke Bandar Bukit Mahkota, Bangi hingga ke Nilai, Negeri Sembilan.

“Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang jejak Zahir di lokasi ini. Saya memohon bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Zahir supaya menghubungi balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, difahamkan sepasukan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) akan dihantar ke sungai berhampiran rumah mangsa bagi mengesan jejak kanak-kanak berkenaan.

Semalam BH melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Seri Dahlia, Bandar Seri Putra, Bangi, di sini, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof mengesahkan menerima laporan kehilangan Zahir, memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");