Panasnya Hari Ini

Pendakwaan Minta Dokumen Tambahan Diteliti Terlebih Dahulu

KUALA LUMPUR: Prosiding hari kedua perbicaraan berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd, pagi ini, bermula dengan pihak pendakwaan membantah permohonan peguam Datuk Seri Najib Razak supaya saksi pertama pendakwaan mengemukakan tiga dokumen tambahan kepada Mahkamah Tinggi.

Pada prosiding 3 April lalu, peguam bekas Perdana Menteri itu, Harvinderjit Singh, meminta saksi Muhamad Akmaludin Abdullah membuat carian berhubung Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) bagi mendapatkan butir semua individu pernah memegang jawatan sebagai pengarah di syarikat itu.

Apabila prosiding bermula sebentar tadi, Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, berkata mahkamah perlu meneliti sama ada dokumen tambahan itu boleh diterima dan relevan untuk dikemukakan bagi tujuan menyoal balas saksi.

“Seksyen 51A Kanun Acara Jenayah jelas menyatakan bahawa mahkamah perlu meneliti dokumen yang akan dikemukakan itu adalah boleh diterima di mahkamah ini dan sama ada terdapat keperluan untuk dokumen terbabit digunakan di mahkamah untuk menyoal balas saksi,” katanya.

Harvinderjit pula membalas hujahan dengan menyatakan bahawa ia mesti ditunjukkan terlebih dahulu sebelum diputuskan sama ada ia relevan atau sebaliknya.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, kemudian memutuskan bahawa kedua-dua pihak perlu meneliti dokumen itu terlebih dahulu.

Selepas meneliti kedua-dua dokumen itu, Sithambaram memberitahu mahkamah, pihaknya tidak membantah terhadap dokumen terbabit.

Sehubungan itu, prosiding bersambung dengan Harvinderjit menyoal balas saksi berdasarkan dokumen tambahan berkenaan lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");