Perak Hari Ini

Penggunaan Bahan Kimia Di Kolam Renang Punca Gejala Alahan Kulit

IPOH- Aduan wujudnya gejala alahan kulit terhadap pengguna kolam renang di Kompleks Sukan MBI adalah disebabkan oleh bahan kimia yang digunakan.

Kerajaan negeri telah menjalankan kajian dan siasatan bagi mencari punca utama berlakunya gejala terbabit setelah menerima beberapa aduan daripada pengguna mengenai masalah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Howard Lee Chuan How berkata, punca utama gejala tersebut adalah daripada penggunaan bahan kimia yang digunakan bagi meneutralkan tahap pH kolam renang bagi mengelakkan pertumbuhan algae di dalam kolam tersebut.

Katanya, atas faktor ketidakselarasan jadual proses ‘dosing’ tersebut, kandungan bahan kimia berlebihan di dalam air kolam renang telah menyebabkan reaksi alahan terhadap sesetengah pengguna.

“Terdapat tiga jenis bahan kimia yang digunakan semasa proses ‘dosing’ tersebut iaitu Alum bagi kawalan kekeruhan, Soda bagi kawalan pH dan Klorin bagi kawalan bakteria.

“Bahan-bahan kimia yang digunakan ini adalah tidak berbahaya dan selamat kepada manusia,” katanya menurut satu kenyataan.

Tambah beliau, pihak MBI akan memeriksa semula jadual ‘dosing’ bagi memastikan tahap kualiti air kolam renang mempunyai masa yang cukup untuk melalui proses peneutralan yang lengkap sebelum dibuka semula kepada orang awam.

Beliau turut menzahirkan rasa kesal dan dukacita di atas kejadian tersebut serta berharap agar kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");