Perak Hari Ini

Perak Bukan Antara Enam Negeri Setuju Naik Tarif Air – MB

IPOH: Kerajaan Perak dan Lembaga Air Perak (LAP) belum membuat sebarang keputusan sama ada bersetuju atau sebaliknya berhubung perancangan menaikkan kadar tarif air.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata setakat ini Perak bukanlah antara enam negeri yang bersetuju untuk berbuat demikian.

“Hari ini saya baru lepas bermesyuarat dengan LAP dan kita belum putuskan untuk membuat keputusan terhadap perkara tersebut.

“Namun hari ini kita ada juga membincangkan kaedah-kaedah yang ada, kita harus memikirkan jalan bagaimana ia sehingga tidak membebankan rakyat.

“Dalam masa sama juga, kelestarian syarikat itu perlu ataupun untuk kita menjalankan operasi bekalan air ini, ia mesti di tahap yang terbaik, untuk jangka masa panjang,” katanya.

Selain itu katanya beliau tidak pasti bilakah keputusan berhubung rancangan tersebut akan dimuktamadkan.

Tambah Ahmad Faizal yang juga Pengerusi LAP, Kerajaan Persekutuan juga tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi kerajaan negeri memutuskan perkara tersebut.

Beliau terdahulu ditemui pemberita di luar perkarangan Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, dekat sini, hari ini.

Semalam, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berkata enam negeri telah bersetuju terhadap rancangan untuk menaikan tarif air bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan bekalan kepada pengguna masa kini.

Katanya dalam Dewan Rakyat, perundingan untuk menaikkan tarif air giat dijalankan kerana kadar berkenaan tidak pernah disemak dalam tempoh 20 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");