Perak Hari Ini

Perak Fokus Lahirkan Atlet Esports Berkualiti

IPOH- Kerajaan negeri Perak dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Perak (ESP) dan juga Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) akan menganjurkan pusingan peringkat akhir pemilihan atlet yang akan mewakili negeri dalam pencarian wakil negara untuk kejohanan Sukan Sea Filipina, November nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata pusingan awal secara online telah dijalankan pada 6 dan 7 April lalu yang melibatkan hampir 400 orang pemain dari seluruh negeri Perak.

“Bagi peringkat akhir pula, kejohanan akan dianjurkan secara offline pada 13 dan 14 April 2019 bertempat di Movie Animation Park Studios (MAPS).

“Untuk pusingan terakhir nanti, permainan Mobile Legend dan Tekken 7 akan dilangsungkan serentak, manakala untuk permainan Defense of the Ancients (DOTA2), Arena of Valor (AOV) dan Starcraft II, juara dalam ketiga-tiga permainan ini telah dimenangi menerusi perlawanan di atas talian pada peringkat kelayakan yang lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pemilihan Atlet Esports Perak Ke Kelayakan Peringkat Kebangsaan untuk Sukan Sea 2019 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini.

Ujarnya lagi, pemenang untuk setiap permainan pada pusingan akhir nanti akan secara rasminya menjadi atlet yang akan mewakili negeri Perak ke pusingan pemilihan akhir yang bertempat di Axiata Arena pada penghujung April nanti.

“Untuk pusingan ini, mereka perlu bersaing bersama atlet-atlet Esports yang lain iaitu daripada 12 buah negeri dan 3 wilayah persekutuan  dalam merebut  tempat untuk mewakili negara ke temasya sukan terbesar di Asia Tenggara nanti.

“Pemenang untuk setiap permainan akan menjalani latihan insentif (boot camp) yang akan diuruskan oleh Esport Malaysia (ESM) dan Kementerian Belia & Sukan (KBS),” katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan negeri dengan agensi pelaksana yang lain amat komited dalam melahirkan atlet-atlet Esports yang berpontensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi serta memperluaskan pembangunan komuniti belia Esports dengan mewujudkan organisasi kelab atau persatuan di setiap daerah di Negeri Perak.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");