Perak Hari Ini

Perak Fokus Pembangunan Sukan Muaythai

IPOH-  Kerajaan negeri Perak telah mengambil pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sukan berprestasi dalam pemantapan tadbir urus persatuan terutamanya dalam sukan muaythai.

Persatuan Muaythai Perak (PMTP) merupakan ahli gabungan kepada Persatuan Muaythai Malaysia iaitu badan induk sukan Muaythai di Malaysia dan sudah diiktiraf oleh Majlis Sukan Negara serta Majlis Olimpik Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How berkata sukan ini akan diberi perhatian secara konsisten oleh kerajaan negeri dalam pelbagai sudut seperti kemudahan tempat latihan dan pertandingan, latihan di luar negara, kebajikan jurulatih dan atlet serta pelbagai lagi.

“Sukan ini harus dilaksanakan dengan platform yang betul bagi memastikan para atlet dapat menyertai kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa di bawah badan yang diiktiraf.

Ini kerana masih terdapat persatuan yang masih belum diiktiraf oleh Majlis Olimpik Malaysia dan Majlis Sukan Negara seperti Persatuan Muay Perak (PMP).

“Kita bersedia menjadi pemudah acara dalam menyelaras perbincangan dengan Persatuan Muaythai Perak (PMTP) serta persatuan lain yang masih belum diiktiraf bagi membantu mereka membangunkan sukan muaythai negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang telah berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Dalam pada itu, Howard juga menegaskan bahawa segala tuduhan  yang mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak memberi perhatian dalam pembangunan sukan muaythai adalah tidak benar.

Ujarnya, ini mungkin terjadi kerana ada segelintir atlet yang memasuki pertandingan yang tidak diiktiraf oleh mana mana badan induk kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Kita tidak akan menyertai dan mengiktiraf pertandingan serta atlet yang tidak menggunakan platform yang betul kerana kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa untuk itu.

“Perlu diingatkan bahawa pertandingan yang ingin menggunakan logo rasmi institusi, jata negeri dan juga gambar menteri besar perlu meminta kebenaran terlebih dahulu daripada pihak kami, kerana ini boleh dianggap sebagai satu kesalahan dan kurang profesional,” katanya.

Sementara itu, Howard juga mengucapkan tahniah kepada semua wakil yang telah memenangi pingat di kejohanan Muaythai Dunia (WMF) 2019 di Bangkok dan kejohanan Festival Muaythai Dunia di Pattaya, Thailand baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");