Sukan Hari Ini

Perak Perlu Lebih Mantap

KUALA LUMPUR: Juara Piala Malaysia musim lalu Perak perlu meningkatkan prestasi andai mahu menjadi pencabar serius dalam perebutan kejuaraan Piala FA musim ini.

Penyerang import Perak dari Brazil, Wander Luiz berkata, tentangan hebat yang diberikan kelab amatur dari Liga M4, Jerantut FA pada pusingan ketiga malam tadi hampir memalukan skuad Liga Super itu yang terpaksa bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 2-1.

Jelasnya, aksi itu harus dijadikan iktibar oleh pasukannya dan menyeru supaya rakan sepasukannya meningkatkan prestasi pada suku akhir.

“Ia bukan perlawanan mudah, pasukan lawan (Jerantut) memberikan 100 peratus komitmen menentang kami tapi pada babak kedua kami bermain lebih baik dan menjaringkan dua gol.

“Keadaan padang menyukarkan permainan kami. Bila mereka menjaringkan gol kami kena terus fokus kerana bola sepak semua aspek berubah dengan cepat.

“Jerantut pasukan yang bagus, mereka berusaha keras, saya fikir jika mereka terus berusaha boleh melangkah lebih jauh,” katanya.

Perak yang dibimbing Mehmet Durakovic terlebih dahulu ketinggalan menerusi sepakan percuma Firdaus Razak pada hujung babak pertama.

Namun selepas bertahan hingga minit ke-75 akhirnya kubu pasukan tuan rumah dibolosi menerusi tandukan Wander Luiz sebelum dia menyumbat gol kemenangan pada minit ke-84.

Pada majlis undian Piala FA hari ini, Perak diundi bertemu PKNP FC bagi aksi suku akhir secara timbal balik. Perlawanan pertama pada 30 April dan 1 Mei, manakala aksi kedua pada 10 dan 11 Mei ini lapor HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");