Sukan Hari Ini

Perak, Selangor Kongsi Mata

SHAH ALAM: Perak seri lagi, kali ini terikat 1-1 dengan Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Lebih malang, anak buah Mehmet Durakovic gagal menggunakan peluang lebih 30 minit selepas Selangor terpaksa beraksi dengan 10 pemain susulan Nurridzuan Abu Hassan Saari dilayangkan kad merah.

Kemenangan tunggal skuad The Bos Gaurus dalam liga hanya direkodkan ketika menewaskan PJ City 1-0 pada 9 Mac lalu selain seri enam kali dan tewas sekali.

Ketika Selangor dilihat lebih banyak melakukan percubaan, Perak sebaliknya membuka tirai jaringan menerusi Nor Hakim Hassan yang tenang menolak masuk bola hantaran lintang Sharel Fikri Fauzi pada minit ke-35.

Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan empat minit apabila Selangor berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma menarik Da Silva.

Dua belas minit selepas bersambung babak kedua, Selangor terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Nurridzuan dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua.

Bagaimanapun kesempatan itu gagal digunakan sepenuhnya oleh Perak yang menyaksikan kedudukan 1-1 kekal hingga wisel penamat- BHarian

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");