Berita Hari Ini

Periksa MPV Polis: Tiga Lelaki Direman Tiga Hari

SEREMBAN: Tiga lelaki yang ditahan kerana memeriksa kereta peronda polis (MPV) di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, Sabtu lepas, direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Memetik laporan Bernama, Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban selama tiga hari bermula hari ini.

Katanya, ketiga-tiga suspek berusia 36 hingga 50 tahun disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Ketiga-tiga mereka tiba di perkarangan mahkamah jam 8.30 pagi dengan berpakaian baju lokap berwarna jingga dan bergari.

Mohamad berkata, suspek yang masing-masing bekerja sebagai penjual kereta, pemandu lori dan peniaga ayam itu ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang, semalam, di tiga lokasi berasingan di daerah ini.

“Polis kini masih memburu dua lagi yang masih bebas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");