Sukan Hari Ini

Peringkat Kedua LTdL 2019 Bermula

Hari kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 memulakan siri jelajah sejauh 200.6 km dari Bandar Prima Senawang dan berakhir Dataran Pahlawan Melaka.

Pelepasan peringkat kedua ini dilakukan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminudin Harun dan diiringi CEO Human Voyage, Datuk Ahmad Mustafa.

Aminudin ketika berucap memberitahu, beliau bangga apabila Negeri Sembilan dipilih menjadi laluan untuk siri jelajah antarabangsa itu.

Jelas beliau, selain dapat memperkenalkan negeri berkenaan kepada negara luar, LTdL juga dapat membantu rakyat tempatan menjana pendapatan lebih sepanjang siri jelajah itu berlangsung.

Perlumbaan hari ini dimulakan dengan pendaftaran 122 pelumba dari 22 pasukan seluruh dunia.

Sekitar jam 1130, pasukan polis trafik pengiring dan kumpulan calvacade dilepaskan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");