Perak Hari Ini

Perkhidmatan Bas HoHo Bakal Diperluas

IPOH- Perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off (HoHo) bakal diperluasakan di seluruh kawasan yang berdekatan dengan bandaraya Ipoh terlebih dahulu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata, pelancaran tersebut bakal dilaksanakan semasa fasa kedua selepas keseluruhan perkhidmatan bas tersebut telah tersedia.

“Kawasan yang terlibat berkemungkinan di kawasan Tambun, Gopeng yang meliputi Gua Tempurung serta Kallie Castle dan sebagainya.

“Kita akan muktamamadkan perancangan fasa kedua selepasa kesemua bas telah dipersiapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Barisan Nasional- Kampung Gajah) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Perak merupakan negeri negeri kedua selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang mempunyai perkhidmatan bas persiaran dua tingkat.

Antara lokasi perkhidmatan bas tersebut ialah Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Ipoh, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael Ipoh, bangunan Octagon, Pasaraya Ipoh Parade, kawasan Little India dan Masjid Panglima Kinta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");