Berita Hari Ini

Perlu Ke Bawa BTS?

ALOR GAJAH: Kementerian Belia dan Sukan diminta mengkaji semula hasrat untuk mengundang kumpulan K-Pop dari Korea, Bangtan Boys (BTS) ke negara ini bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin berkata, ini kerana kedatangan kumpulan muzik berkenaan tidak mustahil memberi kesan negatif kepada budaya masyarakat tempatan, khususnya golongan belia.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, keputusan terbabit sudah pasti akan memberi kesan pro dan kontra kepada negara kerana selain dapat menarik kehadiran pelancong luar seperti Thailand dan Singapura, pengaruh BTS juga akan memberi impak negatif kepada golongan belia negara ini.

“Pelbagai inisiatif lain yang lebih relevan dan boleh dilaksanakan dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 termasuk memberikan geran kepada pengusaha pelancong.

“Jika betul (sah BTS ke Malaysia), pihak kementerian perlu mengimbangi supaya tidak memberi kesan mahu pun pengaruh yang tidak baik kepada negara hingga boleh menjejaskan nama baik Malaysia“, katanya selepas menyertai program Ziarah Kasih di sekitar Parlimen Masjid Tanah, semalam.

Mas Ermieyati berkata, banyak inisiatif lain yang boleh dilakukan untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 termasuk memperbanyakkan lagi iklan serta menambah produk pelancongan di negara ini.

Bagaimanapun katanya, semua keputusan mengenai perkara itu terletak kepada kerajaan dan beliau sebagai wakil rakyat hanya membawa pendapat daripada akar umbi kepada pihak berwajib mengenai perkara berkenaan lapor HMetro.

Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan pihaknya dalam usaha membawa masuk kumpulan K-Pop terkenal Korea Selatan, BTS ke Malaysia tahun depan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");