Panasnya Hari Ini
Like

Persefahaman Dengan Dr M Kerana Agenda Reformasi – Anwar

April 21, 2019
285 Views
0 Comments
1 minute read
Persefahaman Dengan Dr M Kerana Agenda Reformasi – Anwar

Persefahaman yang terjalin antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah bagi meneruskan agenda reformasi yang diperjuangkan sebelum ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata sokongan yang diberikan terhadap kepimpinan pemimpin negara itu berdasarkan persefahaman dicapai semua pucuk pimpinan parti Pakatan Harapan.

Katanya, setiap individu itu perlu patuh pada kepimpinan yang dilantik, fokus dalam memenuhi janji kepada rakyat dan agenda reformasi.

“Kita menyokong pimpinan sekarang, beri ruang untuk teruskan reformasi, banyak orang keliru kenapa Anwar buat persefahaman dengan Mahathir, sudah lawan lama, sikit je lagi.

“Tapi mereka lupa kita bersetuju sebab agenda bukan sebab kerana sekarang Mahathir Perdana Menteri lepas ini Anwar Perdana Menteri, itu bagi saya sampingan,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Town Hall Cabaran Anak Muda terhadap Malaysia Baru di Hotel Grand Paragon di Johor Bahru hari ini.

Turut hadir ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor, R.Yuneswaran.

Beliau dalam pada itu turut mahu generasi muda bersama-sama meneruskan usaha dan memberi sokongan kepada kerajaan dalam menjayakan agenda reformasi negara.

Tambahnya, kerajaan turut menumpukan agenda membantu semua kaum di negara ini dan tidk tertumpu pada kaum melayu sahaja lapor Bernama.

Komen & Pendapat

Comments are closed.