Sukan Hari Ini

Persiapan LTdL 2019 Sudah 100 Peratus

PUTRAJAYA: Persiapan edisi ke-24 Le Tour de Langkawi (LTdL) yang akan bermula Sabtu ini sudah pun siap sepenuhnya dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bakal menghadiri majlis memperkenalkan pasukan, malam esok di ibu negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage Sdn Bhd, Datuk Ahmad Mustafa berkata sehingga hari ini sejumlah 17 pasukan daripada keseluruhan 22 pasukan sudah berada di negara ini.

“Petugas kami sudah mula digerakkan bersedia untuk menjalankan tugas masing-masing dan Insya Allah kita akan menganjurkan perlumbaan yang bagus.

“Majlis memperkenalkan pasukan esok dan juga pelepasan untuk peringkat pertama pada Sabtu ini akan turut dihadiri Perdana Menteri,” katanya selepas majlis pengumuman Genting Malaysia Berhad sebagai Penaja Rasmi LTdL 2019 di sini malam tadi, lapor BH Online.

Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim menyaksikan majlis penajaan oleh Genting yang diwakili Naib Presiden Khidmat Korporat dan Komunikasi Genting Malaysia Berhad, Datuk Seri Kay Prakash sebagai penaja rasmi LTdL 2019.

Pada LTdL 2019, Genting menaja RM1 juta berupa wang tunai, barangan serta perkhidmatan.

Genting Highlands yang kembali menjadi laluan perlumbaan LTdL selepas empat tahun adalah peringkat pendakian yang ditunggu-tunggu pelumba kerana laluannya yang dianggap mencabar dan bakal menguji ketahanan sebenar pelumba.

“Sejak empat tahun lalu Genting Highlands menjalani kerja-kerja pembinaan dan kami rasakan ia berbahaya jika perlumbaan diadakan di situ.

“Buat masa kini kebanyakan pembinaan sudah hampir selesai dan kini lebih selamat,” kata Kay.

Perlumbaan pendakian ke Genting Highlands bermula dari Shah Alam pada peringkat keempat yang akan berlangsung pada Selasa ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");