Berita Hari Ini

Petani Di Perak Diminta Awasi Penyakit Hawar Bulir

BAGAN SERAI – Jabatan Pertanian Perak meminta petani di negeri ini supaya mengambil usaha dan memantau serangan penyakit hawar bulir bakteria, sejenis penyakit bawaan benih.

Pengarahnya Nor Sam Alwi berkata antara yang dilakukan termasuk membakar jerami, menggunakan benih padi yang sah dan air tulen dari saliran Jabatan Pengairan dan Salran (JPS) bagi mengelak tanaman diserang penyakit itu yang boleh menyebabkan kehilangan hasil.

“Sawah yang diserang penyakit itu boleh menyebabkan padi tidak berisi dan petani mengalami kerugian kerana padi tidak menjadi,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Bantuan Tabung Bencana Taman Padi Musim 2/2018 Daerah Kerian di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin di sini hari ini, lapor Bernama.

Majlis penyampaian replika cek berjumlah RM 168,242 itu disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Zainal Azman Abu Seman kepada Pertubuhan Peladang Kawasn (PPK) Bagan Tiang/ Parit Buntar, PPK Kuala Kurau dan PPK Bagan Serai/Beriah.

Bantuan itu akan diagihkan kepada petani yang terjejas akibat sawah dilanda banjir pada Oktober tahun lepas.

Menjelas lanjut, Nor Sam berkata penyakit hawar bulir menyebabkan kira-kira 200 hektar sawah padi di Perak terjejas pada tahun lepas.

Perak mempunyai 80,000 hektar sawah padi dengan jumlah kawasan terbesar adalah di Kerian iaitu 21,000 hektar.

Sementara itu, seorang penerima bantuan, Md Din Rashid, 60, berkata sebanyak 10 hektar sawah padinya terjejas akibat banjir pada tahun lepas dan bantuan RM2,628 yang diterima dapat membantu mengurangkan beban musim ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");