Panasnya Hari Ini

PH Tak ‘Bunuh’ Karakter Mohamad – Dr Streram

SEREMBAN: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Dr S Streram menafikan dakwaan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, kononnya PH mempunyai niat untuk ‘membunuh’ karakter calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menerusi laporan BH Online, beliau berkata, PH tidak akan menyerang Timbalan Presiden UMNO itu menerusi serangan peribadi dan menyifatkan tindakan sedemikian adalah perkara yang melampaui batas.

“Kita bukan nak bunuh karakter Mohamad kerana PH mempunyai integriti dan terus mengamalkan politik matang. Sebelum ini saya cuma tanya beberapa isu seperti pindahan wang RM10 juta ke London serta rumah banglo mewah di Seremban 2 saja.

“Itupun saya sekadar bertanya untuk beliau membuat penjelasan, bukannya ingin melemparkan fitnah kepadanya. Ia kerana isu yang ditanya itu sudah tersebar di media sosial,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melakukan lawatan ramah mesra di Nyatoh, Rantau, di sini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Malam tadi, Najib menerusi ceramah kempen BN di Kampung Kanchong di sini mendakwa PH akan melakukan serangan peribadi terhadap Mohamad dalam usaha membunuh karakter penyandang kerusi DUN Rantau berkenaan.

Katanya, PH akan melancarkan sembilan isu terhadap Mohamad sepanjang tempoh berkempen PRK DUN Rantau.

Bagaimanapun, Dr Streram berkata, taktik kotor itu bukanlah cara yang diamalkan PH dan beliau sendiri tidak mengetahui mengenai sembilan isu yang dimaksudkan Najib.

“Saya pun tidak tahu apa yang dimaksudkan sembilan isu itu. Saya pun tidak faham bagaimana Najib boleh berkata sebegitu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");