Berita Hari Ini

PM Dijangka Bentang Usul Ganti Pengerusi PAC

KUALA LUMPUR: Isu pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang keluar Barisan Nasional (BN) untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), dijangka selesai sebelum sidang Dewan Rakyat berakhir minggu depan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijangka membentangkan usul bagi memilih Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) menggantikan Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran pada sesi persidangan kali ini.

Perkara itu dinyatakan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat hari ini, bilangan kesembilan.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, ketika dihubungi berkata, usul itu berkemungkinan tidak sempat dibentangkan hari ini kerana persidangan mengikut aturan yang sudah ditetapkan.

“Usul itu akan tetap dibentangkan pada sesi kali ini yang berakhir minggu depan,” katanya, lapor BH Online

Isu pengekalan Ronald sebagai Pengerusi PAC menjadi polemik termasuk dalam kalangan penyokong kerajaan kerana bertentangan dengan janji ke-16 buku manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ia menyatakan jawatan pengerusi PAC dikhususkan kepada Ahli Parlimen pembangkang dalam usaha mengembalikan kewibawaan institusi Parlimen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");