Berita Hari Ini

Polis Buka Siasatan Penularan Rakaman Prosiding Kes Najib

KUALA LUMPUR: Polis sudah membuka siasatan berhubung penularan satu klip video dipercayai daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang dimuat naik melalui laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata siasatan kes dibuat susulan satu laporan di Balai Polis Batu 9, Cheras.

“Siasatan dibuka bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan, di sini, malam tadi.

Kelmarin, video berdurasi dua minit 12 saat bertajuk ‘Hari kelima perbicaraan Datuk Seri Najib’ yang memaparkan rakaman peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyoal saksi, tular menerusi media sosial.

Difahamkan, rakaman itu dimuat naik menerusi akaun Facebook bekas pegawai khas Najib, Isham Jalil, pada tengah hari kelmarin dan sudah ditonton lebih 227,000 kali, selain dikongsi lebih 3,700 akaun Facebook serta mendapat lebih 1,900 komen.

Rakaman CCTV itu dipercayai sedutan prosiding hari kelima Najib di Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis lalu. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");