Panasnya Hari Ini

Polis Sahkan Bukti Berlian Dibeli Guna Wang 1MDB

KUALA LUMPUR: Polis sahkan terdapat bukti jejak kewangan transaksi berlian merah jambu bernilai AS$23 juta (RM94 juta) dibeli menggunakan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada seorang peniaga barang kemas di New York, Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urus Setia KPN, Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik, berkata bukti terkumpul jelas menunjukkan wujud transaksi pembelian berlian itu walaupun ia gagal ditemui ketika polis membuat serbuan.

“Merujuk kepada penafian isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berhubung pembelian berlian merah jambu yang yang viral di media sosial, polis dapati terdapat bukti jejak kewangan transaksi barang kemas berkenaan.

“Ia dibeli menggunakan wang 1MDB daripada seorang peniaga dari New York,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor BH Online.

Rabu lalu, Rosmah dilaporkan meminta pihak bertanggungjawab yang menyebar fitnah ke atas dirinya berhubung isu pembelian berlian itu untuk meminta maaf kepada rakyat.

Rosmah berkata dakwaan bahawa dia membeli berlian merah jambu disifatkan sebagai fitnah yang digunakan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tahun lalu.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, dilaporkan memberitahu Dewan Rakyat bahawa ejen jualan berlian merah jambu dan barangan kemas untuk isteri seorang VVIP sudah mengisytiharkannya kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya, syarikat itu juga membuat perisytiharan barang berkenaan dengan jabatan yang sama ketika meninggalkan negara ini.KUALA LUMPUR: Polis sahkan terdapat bukti jejak kewangan transaksi berlian merah jambu bernilai AS$23 juta (RM94 juta) dibeli menggunakan wang syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada seorang peniaga barang kemas di New York, Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Urus Setia KPN, Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik, berkata bukti terkumpul jelas menunjukkan wujud transaksi pembelian berlian itu walaupun ia gagal ditemui ketika polis membuat serbuan.

“Merujuk kepada penafian isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berhubung pembelian berlian merah jambu yang yang viral di media sosial, polis dapati terdapat bukti jejak kewangan transaksi barang kemas berkenaan.

“Ia dibeli menggunakan wang 1MDB daripada seorang peniaga dari New York,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rabu lalu, Rosmah dilaporkan meminta pihak bertanggungjawab yang menyebar fitnah ke atas dirinya berhubung isu pembelian berlian itu untuk meminta maaf kepada rakyat.

Rosmah berkata dakwaan bahawa dia membeli berlian merah jambu disifatkan sebagai fitnah yang digunakan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tahun lalu.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, dilaporkan memberitahu Dewan Rakyat bahawa ejen jualan berlian merah jambu dan barangan kemas untuk isteri seorang VVIP sudah mengisytiharkannya kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Katanya, syarikat itu juga membuat perisytiharan barang berkenaan dengan jabatan yang sama ketika meninggalkan negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");