Berita Hari Ini

Polis Tak Henti Usaha Jejak Jho Low

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan usaha menjejak ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, Jho Low terakhir dikesan berada di Hong Kong dan Macau.

“Sejak dari itu, maklumat mendedahkan bahawa Jho Low masih berada di kawasan itu.

“Kita sedang bekerjasama dengan pihak berkenaan untuk penuhi tuntutan seperti digariskan Polis Antarabangsa (Interpol).

“Kita harap pihak tersebut akur dengan perjanjian untuk sama-sama tangani dan saling membantu untuk kesan, tangkap dan usir penjenayah agar kembali ke negara asal,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Hentikan Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak serta Pelancaran Buku Pencegahan Jenayah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");