Sukan Hari Ini

‘Potong 9 Mata Jika Laung Perkauman’

LONDON: Pemain sayap England dan juga penyerang Manchester City, Raheem Sterling meminta pengurusan bola sepak mengenakan denda berat ke atas pasukan yang terbabit dalam serangan perkauman dengan memotong sembilan mata dan beraksi tiga kali di stadium kosong.

Menurutnya, badan pengelola bola sepak mesti mengambil langkah tegas dengan mengenakan denda sesuai bagi mengekang perbuatan diskrimasi kaum itu secara berterusan.

Dia berkata demikian selepas menandatangani manifesto bagi mengekang perbuatan diskriminasi perkauman ke atas pemain bola sepak di sini, pagi tadi.

“Saya mencadangkan supaya sembilan mata dipotong atas kesalahan serangan berbaur perkauman,” katanya menerusi akhbar Times.

“Ia mungkin agak keras tetapi tindakan penyokong yang melakukan serangan berbaur perkauman akan menyebabkan pasukan mereka tergelincir atau menjejaskan peluang merebut gelaran.

“Kelab yang terbabit juga perlu dihukum beraksi tiga perlawanan dalam stadium kosong. Dengan cara ini, mereka hilang pendapatan sebagai padah hukuman melakukan diskrimasi perkauman.”

Sterling bersama beberapa pemain bola sepak profesinal dan kelab melancarkan manifesto itu sambil memohon sokongan kaum kulit hitam dan etnik minoriti lain yang berkedudukan dalam badan bola sepak menyokong langkan pemain meninggalkan padang jika mereka berdepan ejekan berbaur perkauman.

Manifseto berkenaan yang menggunakan tema Kick It Out dan FARE turut meminta media arus perdana dan pemilik media sosial bersama-sama menangani masalah itu.

“Setiap hari di serata dunia, pemain kulit hitam dan Asia, baik penyokong dan jurulatih terdedah serangan perkauman sama ada ketika bermain bola sepak jalanan hingga ke Liga Juara-Juara,” kata Sterling.

“Saya berpendapat, pengelola perlawanan bola sepak berkenaan tidak melakukan kerja mereka, ia sesuatu yang tidak bagus.”

Awal musim ini, Sterling pernah mendakwa terdapat pihak tertentu dalam media di Britain seolah-olah cuba mengalakkan serangan perkauman dengan menggambarkan imej negatif ke atas pemain muda kulit hitam dalam laporan mereka.

Sambil memberi contoh, pemain berusia  24 tahun itu mendedahkan bahawa dia menjadi mangsa ketika membantu England dalam pusingan kelayakan Euro 2020 di  Montenegro Mac lalu sebelum isu itu merebak ke kancah Eropah yang lain sejak kebelakangan ini.

Sterling, yang juga calon penerima Anugerah Pemain Tebaik Tahunan daripada Persatuan Pemain Bolasepak Profesional mendakwa beliau tidak mahu ada pemain muda kulit hitam lain mengalami nasib sama yang dilaluinya.

“Saya tidak tahu berapa lama perkara ini akan berubah tapi kita mesti mulakan langkah mengatasinya sekarang. Saya tidak mahu generasi pemain akan datang berdepan masalah ini,” katanya. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");