Perak Hari Ini

Prestasi Menurun: PAFA Kenalpasti Pemain Import Baru

MANJUNG: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) telah mengenalpasti pemain import baru bagi memantapkan skuad The Bos Gaurus menjelang jendela perpindahan pemain yang akan dibuka Mei nanti.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau akan cuba mencari mekanisme baru bagi memantapkan Pasukan Bola Sepak Perak yang menunjukkan prestasi kurang memberansangkan semasa kempen Liga Super musim ini.

“Saya sudah berbincang dengan Mehmet Durakovic mengenai isu ini dan beliau telah memberi tahu saya mengenai beberapa cadangan untuk menambah baik pasukan dan salah satunya ialah pengambilan pemain import yang baru.

“Satu atau dua pemain import baru akan dimasukkan pada jendela perpindahan nanti dan akan dinilai terlebih dahulu bagi memastikan mereka benar benar layak bersama skuad The Bos Gaurus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), di Bandar Baru Setia Awan Perdana, hari ini.

Mengulas mengenai status Mehmet Durakovic sebagai jurulatih yang didesak oleh penyokong untuk meletakkan jawatan, Ahmad Faizal menjelaskan bahawa kedudukannya masih selamat dan diperlukan walaupun prestasi skuadnya tidak berada pada tahap baik.

“Janganlah hanya bila sesuatu perkara atau keputusan tidak menyebelahi kita, kita tukar semua benda, itu bukanlah cara penyelesaian yang terbaik.

“Kelab- kelab ternama yang lain juga mengalami proses sebegini dan seharusnya kita memikirkan cara penyelesaian jangka masa panjang memperbaiki pasukan kita,” katanya.

Pada perkembangan sama, beliau juga menyeru kepada warga Perak untuk sama-sama turun ke Stadium Majlis Perbandaran Manjung bagi menyaksikan perlawanan Liga Super 2019 diantara pasukan PKNP menentang Perak yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");