Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, kemenangan beliau sebagai calon BN selama tiga penggal berturut-turut di kerusi itu bukan alasan untuk dirinya berada dalam keadaan selesa menghadapi PRK berkenaan.

“Pelbagai kemungkinan boleh berlaku sepanjang tempoh 14 hari berkempen. Justeru, saya mengatur program setiap malam untuk cuba menemui seramai mungkin pengundi di sini,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama BN di sini hari ini.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau percaya faktor kerajaan Negeri Sembilan ditadbir Pakatan Harapan (PH) bukan satu-satunya faktor yang akan menjadi sandaran pengundi Rantau dalam membuat pilihan memetik laporan Kosmo Online.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden UMNO berkata, pengundi Rantau akan turut memikirkan keperluan mewujudkan sistem semak dan imbang dalam pentadbiran kerajaan negeri.

“Ia supaya kepentingan serta hak rakyat tidak disisihkan. Kita perlu ada pasukan pembangkang yang berkesan untuk kepentingan rakyat,” katanya.