Panasnya Hari Ini

PRK Sandakan: DAP Dijangka Umum Calon Khamis Ini

SANDAKAN: DAP dijangka mengumumkan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Khamis ini.

Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung, berkata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dijangka membuat sesi sidang media berkaitan PRK itu, di sini.

“Esok saya akan keluarkan kenyataan akhbar berkaitan sesi sidang media itu. Ia akan dihadiri Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Ming Fung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat berkata demikian ketika ditanya jika DAP sudah memuktamadkan calon bagi PRK Parlimen Sandakan yang berlangsung pada 11 Mei ini.

Ditanya mengenai cakap-cakap antara calon diketengahkan DAP iaitu Setiausaha Publisiti DAP Sabah yang juga ADUN Luyang, Phoong Jin Zhe, Ming Fung berkata, keputusan siapa calon akan diketahui Khamis ini.

“Tiada salah jika Jin Zhe ke Sandakan. Apa pun, kita tunggu Khamis ini,” katanya.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong sejak 28 Mac lalu susulan kematian penyandangnya, mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah akibat serangan jantung.

Sebelum ini, DAP Sabah mengesahkan anak mendiang iaitu Vivian Wong, 30, yang sebelum ini pegawai khas Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah antara senarai nama yang dihantar ke pusat untuk dipertimbangkan sebagai calon PRK Parlimen Sandakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");