Berita Hari Ini

Produktiviti Penting Untuk Kemajuan Ekonomi – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, gaji tinggi tanpa peningkatan produktiviti tidak bermakna kerana hanya akan membawa kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Perdana Menteri berkata, pakar ekonomi dan perniagaan selalu mengingatkan beliau bahawa produktiviti sangat penting untuk kemajuan ekonomi.

Beliau berkata, satu daripada cabaran terbesar ahli perniagaan Malaysia kini ialah meningkatkan produktiviti merentasi ekonomi.

“Saya dilatih sebagai doktor perubatan, tetapi pakar ekonomi dan perniagaan selalu mengingatkan saya bahawa produktiviti ialah bahan penting untuk kemajuan ekonomi,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Asia School of Business (ASB), di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Dr Mahathir dianugerahkan Ijazah Kehormat Pengurusan Perniagaan yang disampaikan Presiden dan Dekan ASB, Prof Charles Fine.

ASB adalah institusi pendidikan tinggi swasta menawarkan kursus perniagaan global yang ditubuhkan pada 2005 hasil usaha sama Bank Negara Malaysia (BNM) dengan Massachusetts Institute of Technology (MIT), Sloan School of Management di Amerika Syarikat.

Yang turut hadir, Pengerusi Bersama Lembaga Pengelola ASB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kemampuan negara untuk mencapai status ekonomi maju dipengaruhi keupayaan untuk meningkatkan kadar produktiviti.

Walaupun pengetahuan berkuasa, beliau berkata, tanpa nilai yang betul, ia akan menjadi sia-sia.

“Orang berpendidikan bukan sekadar orang cerdas tetapi mampu membezakan antara yang benar dengan salah, yang baik dengan jahat,” katanya.

Dr Mahathir berkata, pelaburan terbaik yang boleh dibuat ialah dalam pendidikan – BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");