Perak Hari Ini

Program Bersama Agensi Kerajaan, Bantu Permudah Urusan Penduduk

IPOH- Lebih 100 penduduk DUN Simpang Pulai menyertai Program Bersama Agensi Kerajaan di Dewan Orang Ramai Desa Perwira, Rapat Setia hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Tan Kar Hing berkata, program anjuran pusat khidmatnya dengan kerjasama Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) Perak itu bertujuan mendekatkan rakyat dengan pihak kerajaan selain orang ramai berpeluang mendapatkan semua maklumat terkini berkenaan kerajaan negeri.

 

“Selain itu, penduduk setempat diberi peluang untuk menyelesaikan sebarang urusan di booth agensi kerajaan dan swasta yang telah disediakan dan antaranya ialah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Yayasan Perak, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan banyak lagi,” katanya.

Tambahnya lagi, melalui program ini pihaknya dengan kerjasama PUBI telah mengadakan Bengkel Impak Usahawan sebagai salah satu usaha untuk memajukan lagi usahawan yang berada di kawasan itu.

“Bagi saya, bengkel ini sangat bermanfaat kepada golongan berpendapatan rendah yang ingin memulakan perniagaan kerana mereka akan diberi tunjuk ajar dari segi permulaan perniagaan seperti bantuan pinjaman, membuat laman sesawang dan banyak lagi bagi membantu mereka,” katanya.

Terdahulu, Tan Kar Hing yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perlancongan, Kesenian dan Kebudayaan merasmikan Program Bersama Agensi Kerajaan anjuran Pejabat ADUN Simpang Pulai dengan kerjasama Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) Perak serta agensi kerajaan dan swasta yang lain.

Dalam lawatannya pagi tadi, beliau juga sempat beramah mesra dengan penduduk setempat serta meninjau booth wakil agensi kerajaan dan swasta yang disediakan.

Program bermula seawal 8.30 pagi hingga 5.30 petang itu turut membuka peluang kepada penduduk tempatan berniaga selain penganjuran pertandingan mewarna, pameran dan jualan oleh ahli PUBI Perak.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");