Perak Hari Ini

Program Jom Sihat Bentuk Komuniti Sihat

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini hadir bagi merasmikan Program Jom Sihat anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tambun dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kinta serta Kelab Sukan dan Kebajikan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta (KESAKTI) di Padang Lintau, Kg Tengku Hussein, Manjoi.

Program ini bertujuan membentuk komuniti sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan gaya hidup sihat seiring dengan peningkatan potensi diri, pemantapan tahap sosio ekonomi, pembangunan yang mampan serta mendekatkan komuniti bagi membentuk masyarakat sihat dari penyakit.

Pada majlis itu juga, Ahmad faizal turut menyentuh mengenai Kad Perak Prihatin yang memberi manfaat kepada 17,000 penduduk di negeri Perak, dimana pemegang kad tersebut boleh mendapatkan rawatan kesihatan di 400 klinik swasta yang berdaftar di negeri ini dengan nilai sehingga RM300 setahun.

Selain itu, mereka juga boleh membeli barangan asas bernilai RM80 sebulan di 169 buah kedai runcit berantai seluruh negeri yang selesai melalui proses intergrasi terdiri daripada 99 Speedmart, TF Value Mart, Mydin, Econsave dan Pusat Pakaian Hari Hari.

Dalam lawatannya pagi tadi, beliau juga sempat beramah mesra dengan penduduk setempat serta meninjau booth yang disediakan.

Program yang bermula seawal 7.00 pagi hingga 12 tengah hari itu turut menyediakan pemeriksaan kesihatan pergigian, pameran pelbagai agensi, ceramah kesihatan, senamrobik, berjalan 1000 langkah dan juga cabutan bertuah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");