Perak Hari Ini

Fasa Pertama Projek Penempatan Nelayan Baharu Teluk Muroh Siap Disember Ini

IPOH: Tiada sebarang pindaan terhadap projek pembangunan semula penempatan masyarakat nelayan Teluk Muroh di Lumut, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ujarnya, projek yang diluluskan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sebelum ini itu terbahagi kepada dua fasa yang mana fasa pertamanya melibatkan kerja-kerja penambakan pesisir pantai seluas 17.8 hektar.

Tambahnya fasa kedua pula bakal melibatkan kerja-kerja pembinaan 145 unit rumah kos sederhana di atas kawasan yang sama.

“Projek pembinaan bagi fasa pertama dijangka siap pada akhir Disember 2019. Manakala projek bagi fasa kedua, ia dijangka akan bermula pada tahun 2020.

“Projek pembinaan ini dijangka dilaksanakan setelah kerajaan negeri memutuskan konsep perumahan dan pembangunan yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini, pada Rabu.

Ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (BN-UMNO Pangkor), Ahmad Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang berkata konsep asal projek tersebut dikekalkan seperti mana yang telah dicadangkan pada peringkat awal.

Menjawab soalan tambahan Teoh Yee Chern (PH-DAP Astaka), Ahmad Faizal berkata projek tersebut akan mengutamakan penduduk setempat.

“Tujuan asal pembinaan projek ini adalah untuk membela nasib mereka.

“Kita akan pastikan nelayan di kawasan Teluk Muroh ini mendapat pembelaan dan keutamaan kepada mereka untuk memiliki rumah dalam projek tersebut,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");