Perak Hari Ini

PUBI Perak Jemput Orang Ramai Meriahkan Program Bersama Agensi Kerajaan

IPOH: Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) Perak dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Simpang Pulai mengalu-alukan orang ramai untuk hadir memeriahkan Program Bersama Agensi Kerajaan yang dijadualkan berlangsung pada 14 April ini.

Dalam satu kenyataan PUBI Perak berkata program tersebut akan bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang, bertempat di Dewan Orang Ramai Desa Perwira dekat Rapat Setia, di sini.

Katanya penganjuran acara tersebut bertujuan mendekatkan rakyat dengan pihak kerajaan selain orang ramai berpeluang mendapatkan semua maklumat terkini berkenaan kerajaan negeri.

Jelasnya antara agensi yang akan terlibat ialah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Yayasan Perak, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan banyak lagi.

“Antara khidmat nasihat daripada agensi kerajaan yang terlibat secara percuma termasuklah perkhidmatan seperti Pendaftaran Program e-Kasih, Pendaftaran i-Suri, Pendaftaran Program mySalam.

“Selain pemeriksaan kesihatan percuma, perkhidmatan lain seperti Pendaftaran Rumah Perakku, Permohonan Pinjaman Keusahawanan, Permohonan Biasiswa & Bailtulmal MAIPk, Semakan Saman MBI dan Aduan turut diadakan,” katanya.

Di samping itu, ujarnya pelbagai aktiviti menarik juga akan berlangsung pada program tersebut seperti pertandingan mewarna, pameran dan jualan oleh ahli PUBI Perak serta bengkel keusahawanan.

Pada masa sama program turut dijangka akan diserikan lagi dengan kunjungan ADUN Simpang Pulai merangkap Exco Kerajaan Negeri, Tan Kar Hing serta Ahli Parlimen Gopeng merangkap Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");